PROGRAM PEMUTIHAN
Kerajaan Malaysia telah memeberi lesen kepada kami untuk melaksanakan proses pemutihan pekerja asing
No. Lesen pemutihan: KDN Ref: No: 100/1325/1 Klt. 13(4)
Sehubungan itu, perlaksanaan pemutihan ini hanya untuk tempoh 2 minggu sahaja bermula 1 Ogos 2011 hingga 14 Ogos 2011. Jadi kepada majikan atau syarikat tidak kira samada sektor perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan dan pertanian yang ingin mendaftarkan pekerja asing mereka yang tidak sah boleh berdaftar menerusi kami.
KEFAHAMAN PROSES PEMUTIHAN BERPERINGKAT
- APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asingdan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan wargaasing di Malaysia.
- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula denganPENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
- APA YANG AKAN DILAKUKAN KERAJAAN PADA SETIAP PERINGKAT TERSEBUT?
Secara asasnya, berikut adalah proses yang akan berlaku pada setiap peringkat:
PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia,sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan,termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.
PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing.Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.
PERINGKAT3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yangsecara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
PERINGKAT4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P.Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
PERINGKAT5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secarabesar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
PERINGKAT6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
- BAGAIMANA DENGAN TEMPOH BAGI LIMA PERINGKAT “P” YANG LAIN?
Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN, program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yang mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (seminggu); dan seterusnya PENGUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan.
- SIAPAKAH YANG PERLU MENDAFTAR BAGI PROGRAM 6P INI?
Berikut adalah empat kategori warga asing yang perlu mendaftar/didaftarkan:
- Semua warga asing yang telah masuk ke Malaysia tanpa izin dan kini tinggal serta bekerja di Negara ini secara tidak sah;
- Semua warga asing yang masih tinggal di Malaysia selepas pas atau permit kerjanya tamat tempoh atau dibatalkan;
- Semua warga asing yang telah menyalahgunakan permit masuk, pas atau dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan;
- Semua warga asing yang melanggar syarat pas atau permit seperti yang ditetapkan undang-undang Malaysia.
- ADAKAH TANGGUNGAN PATI JUGA PERLU DIDAFTARKAN?
Jika tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara, maka mereka juga perlu didaftarkan. Bagaimanapun, untuk proses selanjutnya, mereka perlu pulang dahulu ke negara asal bersama ibu atau ayah masing-masing sebelum masuk semula ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk tujuan melawat bagi tempoh dibenarkan.
- BAGAIMANA PULA DENGAN PELARIAN YANG MEMEGANG KAD UNHCR? ADAKAH MEREKA INI JUGA PERLU MENDAFTAR?
Ya. Mereka juga tertakluk kepada keperluan untuk mendaftar di bawah program 6P.
- BAGAIMANA PULA DENGAN PEKERJA ASING YANG MEMPUNYAI DOKUMEN ATAU PERMIT KERJA SAH TETAPI TEMPOH KEBENARANNYA HANYA BERBAKI SATU TAHUN TERAKHIR. ADAKAH MEREKA JUGA PERLU MENDAFTAR?
Tidak perlu. Pendaftaran untuk program ini hanya dihadkan kepada pekerja /pendatang asing tanpa izin sahaja
Click Here To View All Application Forms