04 646 2020/04 646 3020

[email protected]

 

NORHAZLIN BINTI SAMSURI

Jul 15 2016

Umur : 21 tahun

Asal : Kuala Kangsar, Perak

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia

Perindustrian : JA Solar

 

Norhazlin, berasal dari Kuala Kangsar, Perak mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah bergelar mahasiswa. Tapi dek kerana perlu bekerja sedari tamat menduduki SPM, gadis yang berusia 21 tahun ini terpaksa melupakan niat beliau kerana ingin membantu adik-beradik yang lain untuk menyara ibubapa yang sudah tidak bekerja.

Beliau mendapat info peluang pekerjaan dari InterManpower.com Sdn Bhd melalui seorang rakan dan ditawarkan jawatan operator pengeluaran di kilang JA Solar (M) Sdn Bhd, Pulau Pinang. Hazlin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak InterManpower.com kerana membuka peluang kepada beliau. Bagaimanapun, Hazlin berharap pihak kerajaan dapat menaja biasiswa dan elaun untuk beliau melanjutkan pelajaran satu hari nanti.

"Jangan cepat mengalah, teruskan melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang"