fbpx
 

Home Notis Privasi

NOTIS DATA & MAKLUMAT PERIBADI

1. Pengumpulan Data Peribadi
Notis Data & Maklumat Peribadi ini diterbitkan kepada semua calon pekerja kami yang dihargai, selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.
Kami memandang serius data peribadi anda.
Sewaktu anda berurusan dengan Kumpulan Syarikat INTER, sebagai calon pekerja kami yang dihargai, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda (“Data Peribadi”) untuk membolehkan kami memaklumkan syarat-syarat pengambilan calon pekerja atau menyampaikan pakej, perkhidmatan dan/atau berhubung dengan jawatan kosong. Hal ini adalah relevan bagi proses pengambilan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau pakej, pengurusan perhubungan calon pekerja, tujuan perancangan berkenaan dengan pengambilan yang akan datang, pemberitahuan tarikh pengambilan, dan syarat-syarat pengambilan.

2. Sifat Data Peribadi
Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang serupa dan mungkin merangkumi maklumat tentang nama penuh, nombor kad pengenalan, taraf pendidikan, status perkahwinan, tempat asal, alamat, jantina, tarikh lahir, maklumat hubungan, alamat e-mel, bangsa atau kewarganegaraan.

3. Kesan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi
Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan :-

a. Menyebabkan kami tidak dapat menyampaikan notis, perkhidmatan dan / atau pakej yang diminta kepada calon pekerja.

b. Mengakibatkan kami tidak dapat mengemaskinikan anda tentang pakej dan/atau syarat-syarat pengambilan/perkhidmatan kami.

4. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan sebaliknya diproses oleh kami antara lainnya bagi tujuan berikut :

a. Penyampaian notis, perkhidmatan atau pemberitahuan syarat-syarat pengambilan sebagai ahli sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;

b. Tarikh pengambilan bagi calon pekerja;

c. Tawaran pakej gaji yang akan ditawarkan kepada calon pekerja;

d. Menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan calon pekerja berhubung dengan syarat-syarat pengambilan kami;

e. Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain terhadap calon pekerja sepertimana kami anggap perlu atau sesuai;

f. Penyimpanan rekod dalaman kami;

g. Menghalang jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah);

h. Memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah sebarang undang-undang, peraturan arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkaitan dengan kami atau mana-mana ahli Kumpulan Syarikat INTER;

i. Tujuan berkaitan dengan mana-mana satu daripada perkara di atas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisis perangkaan);

j. Membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang perkhidmatan dan pakej gaji yang ditawarkan oleh kami, mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda.

5. Pendedahan
Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak berikut :-

a. Mana-mana pihak yang kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;

b. Mana-mana syarikat berkaitan dan anak syarikat Kumpulan INTER, termasuk yang ditubuhkan di masa hadapan;

c. Rakan kongsi perniagaan dan ahli gabungan atas talian (online) kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami;

d. Agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;

e. Juruaudit, perunding, akauntan, peguam kami atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain;

f. Subkontraktor kami atau penyedia perkhidmatan atau produk sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai;

g. Penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami berhubung dengan program kesetiaan kami, bagi tujuan penyampaian hadiah yang ditebus dan perkhidmatan.

6. Pengawalan
Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktikal, untuk melaksanakan pengawalan dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan.

7. Pemindahan & Perkongsian Data
Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau pakej gaji bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli lain dalam Kumpulan Syarikat INTER atau penyedia perkhidmatan atau pakej gaji di dalam atau di luar negara di mana kami ditubuhkan, dengan syarat kerahsiaan dan tahap pengawalan keselamatan yang serupa.

8. Hak Akses dan Pembetulan Anda
Anda berhak meminta akses kepada dan pembetulan maklumat tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh :
a. Menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut;

b. Meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;

c. Meminta agar Data Peribadi anda disimpan oleh kami hanya selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;

d. Meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;

e. Memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan dengan itu kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini; dan

f. Menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam setiap keadaan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

https://www.intermanpower.com/wp-content/uploads/2020/03/home-request-a-free-quote.png

REQUEST FOR QUOTATION